Assalamualaikum,,
Blog dah bertukar wajah?Hmm atau akukah yang slow sebab lambat tahu perkara ni..
Hari ini aku nak cerita macam mana aku sambut New year 2017.
Sabtu pagi aku dah bangun awal sebab aku plan nak pergi kenduri adik member aku kat Bangi.Gigih kan nak pergi kenduri. Tak tahu kenapa pagi tu terasa gedik sangat nak lenjan kereta adik aku. Sebelum ni tak hingin pun naik kereta dia. Adik perempuan aku siap sound aku "kak yu,kenapa ko naik kereta Fami?".Jawapan angkuh aku "Suka hati aku la".
Perjalanan kami pada pagi itu sangat lancar.Alhamdulillah. "Ku sangkakan gerimis di tengahari, rupanya hujan sampai ke petang" Sampai di Tg Karang, kami singgah beli kerepek. Lepas beli kerepek, bila aku nak start kereta, kereta tak boleh start!!! Menggelabah. Nasib baik time tu aku dengan mak dan zati. Nasib baik ada orang tolong tengokkan. Berdasarkan pengalaman aku, kereta tak boleh start sebab bateri dah abis. Selepas pelbagai cara dilakukan, termasuklah guna bateri kereta lain dan musukkan kat kereta aku, kereta masih tak boleh start.
Sementara tunggu pomen datang, aku duk risau ape la masalah kereta ni. Pomen pulak boleh pergi makan kenduri. Istighfar banyak-banyak aku time tu. Lepas makan kenduri, pomen cek kereta, dia cakap bateri problem. Tak sampai setengah jam, setlle. Tak pe,aku paham.Mungkin budak lelaki yang tolong kitorang tu kurang ilmu bab-bab kereta ni.
Disebabkan jam dah pukul 3 lebih, so tak jadi pergi kenduri. Jadi, kami bertiga pergi GM Klang. Sampai pun dah lambat.Pukul 5 baru sampai, ye la,dengan jammed lagi. Kan malam nanti nak sambut tahun baru, so ramai yang keluar rumah nak cari tempat best nak celebrate kan. GM Klang tutup pukul 7 malam.Memang tak sempat kalau 2 jam nak pusing satu GM tu. So, dalam pukul 6 lebih, kitorang gerak balik Perak.
Keluar je dari kawasan Klang, aku suruh adik aku drive sebab aku memang penat gila!!!. Kami sampai Manjung dalam pukul 11 lebih. Adik aku pulak nak pergi Marina (tempat kat Manjung), nak tengok bunga api. Aduii orang dah la penat. Ikut suka ko la. Otw nak pergi Marina, sumpah jammed gile!! Adik aku buat keputusan nak patah balik.
Sampai rumah,aku terus mandi bla..bla..bla.. then krohhh
Itu la cerita malam tahun baru aku. Lepas ni dah tobat tanak naik kereta orang. Naik kereta sendiri lagi best.