Thursday, December 7, 2017

Minor operation

Assalamualaikum,

First entry January 2017. Second entry Dec 2017. Setahun 2 kali je ye.
Entry kali ni aku nak cerita experience pasal minor operation yang aku buat selasa lepas (5/12/2017).
Kat leher aku ni ada isi lebih yang tumbuh lepas aku kena demam campak lebih kurang 4 tahun lepas dan ia makin membesar. Mak aku panggil buah anggur. Menusuk kalbu betul ejekan mak aku tu. Isi tu tak rase sakit. Cuma nampak cacat sebab ade bendayang tumbuh kat leher. 

Alhamdulillah proses jumpe doktor tu semua berjalan lancar. Doktor cakap ia sejenis parut. Bapak besar parut tu.

Hari yang dinanti-nantikan. Gementar die Ya Allah. Mak aku teman aku pergi hospital. Sampai senak perut aku nak tunggu. Masuk bilik operation aku rase nak pitam. Aku siap tanya doktor soalan bangang 'doktor,sakit tak?' Mesti la doktor cakap tak sakit!!!. Ya,bila lampu kuning tu diorang bukak, jangtung aku berdegup laju. Air mata meleleh. Ubat bius dicucuk kt leher aku. Perghhh rase die mcm kena gigit kerengga. Lepas tu terasa doktor tu rodok leher aku. Tak sakit tapi terase kulit tu ditarik-tarik. Aku duk tanya doktor 'doktor,lama lagi ke?saya takut.' Jawapan doktor 'sikit je lagi'. Tapi tak habis-habis pun. Hahahhaha. Lepas tu kena jahit. Terase doktor tu jahit, ikat dan guntng tali. Alhamdulillah langsung tak sakit.

Dah sampai rumah, cepat-cepat makan ubat. Lepas tu, pekena cendol. Dah kenyang baru tido. Bila bangun tido, baru terase pedih sikit. Mak aku cakap, macam mana la ko nak beranak esok ni. Aku pun tak ada jawapan untuk soalan mak aku tu. Sekarang aku dalam proses recovery. Makan kena pantang.

Monday, January 2, 2017

First Entry 2017

Assalamualaikum,,

Blog dah bertukar wajah?Hmm atau akukah yang slow sebab lambat tahu perkara ni..

Hari ini aku nak cerita macam mana aku sambut New year 2017.

Sabtu pagi aku dah bangun awal sebab aku plan nak pergi kenduri adik member aku kat Bangi.Gigih kan nak pergi kenduri. Tak tahu kenapa pagi tu terasa gedik sangat nak lenjan kereta adik aku. Sebelum ni tak hingin pun naik kereta dia. Adik perempuan aku siap sound aku "kak yu,kenapa ko naik kereta Fami?".Jawapan angkuh aku "Suka hati aku la".

Perjalanan kami pada pagi itu sangat lancar.Alhamdulillah. "Ku sangkakan gerimis di tengahari, rupanya hujan sampai ke petang" Sampai di Tg Karang, kami singgah beli kerepek. Lepas beli kerepek, bila aku nak start kereta, kereta tak boleh start!!! Menggelabah. Nasib baik time tu aku dengan mak dan zati. Nasib baik ada orang tolong tengokkan. Berdasarkan pengalaman aku, kereta tak boleh start sebab bateri dah abis. Selepas pelbagai cara dilakukan, termasuklah guna bateri kereta lain dan musukkan kat kereta aku, kereta masih tak boleh start.

Sementara tunggu pomen datang, aku duk risau ape la masalah kereta ni. Pomen pulak boleh pergi makan kenduri. Istighfar banyak-banyak aku time tu. Lepas makan kenduri, pomen cek kereta, dia cakap bateri problem. Tak sampai setengah jam, setlle. Tak pe,aku paham.Mungkin budak lelaki yang tolong kitorang tu kurang ilmu bab-bab kereta ni.

Disebabkan jam dah pukul 3 lebih, so tak jadi pergi kenduri. Jadi, kami bertiga pergi GM Klang. Sampai pun dah lambat.Pukul 5 baru sampai, ye la,dengan jammed lagi. Kan malam nanti nak sambut tahun baru, so ramai yang keluar rumah nak cari tempat best nak celebrate kan. GM Klang tutup pukul 7 malam.Memang tak sempat kalau 2 jam nak pusing satu GM tu. So, dalam pukul 6 lebih, kitorang gerak balik Perak.

Keluar je dari kawasan Klang, aku suruh adik aku drive sebab aku memang penat gila!!!. Kami sampai Manjung dalam pukul 11 lebih. Adik aku pulak nak pergi Marina (tempat kat Manjung), nak tengok bunga api. Aduii orang dah la penat. Ikut suka ko la. Otw nak pergi Marina, sumpah jammed gile!! Adik aku buat keputusan nak patah balik.

Sampai rumah,aku terus mandi bla..bla..bla.. then krohhh

Itu la cerita malam tahun baru aku. Lepas ni dah tobat tanak naik kereta orang. Naik kereta sendiri lagi best.