Sunday, October 16, 2016

Light Out - 2016

Assalamualaikum,,

Review kali ni nak cerita pasal 'Light Out'. Aku boleh terjebak nak tengok cerita ni bila adik aku beriya-iya cakap cerita ni seram nak mampos. Aku memang pantang tengok cerita seram sebab aku rasa macam membazir duit je.










Cerita ni mengisahkan seorang wanita yang dibayangi dengan kawan baik dia semasa dia kecil. Wanita ni ade masalah jiwa. Tak gila, tapi macam gila. Then wanita ni kahwin dan dapat seorang anak perempuan. Sampai suatu masa, suami die menghilangkan diri. So makin menjadi-jadi penyakit gila dia ni. Selepas beberapa tahun, dia kahwin lagi dengan seorang designer. Rupa-rupanya designer ni cuba nak selesaikan masalah wanita gila ni. Dia buat research pasal perempuan ni. Perkahwinan kedua ni wanita ni dikurniakan seorang anak lelaki.

One day, suami dia ni nampak lembaga kat office dia.Then lembaga tu bunuh suami dia dengan kejamnya. Lepas suami dia meninggal, lagi menjadi-jadi penyakit gila dia ni. Suka bercakap sorang-sorang sampaikan anak lelaki dia tak tahan. Anak lelaki dia ni kecik lagi, so emosi dia macam terganggu. Kadang-kadang dia ada nampak lembaga. Tapi lembaga ni hanya muncul bile keadaan gelap. Dalam keadaan cerah, lambaga ni hilang. So budak kecik ni selalu stand by torch light. Dia tak pernah cerita benda pada sapa-sapa sebab dia tahu orang tak akan percaya.

Sampai satu tahap budak kecik ni tak boleh tido kat rumah, dia tertido dalam kelas. Cikgu dia panggil kakak dia. Then kakak dia angkut dia balik rumah kakak dia sebab dia tau mak dia gila. Dan dia benci mak dia. Kisah seram ni bermula di sini. Kakak dia ada nampak lembaga sama macam adik dia nampak. Then dia cerita bagi tahu adik dia. Adik dia dah lama tahu. 

Kakak dia nak tahu apa benda makhluk tu sebab masa kecik dia pernah nampak benda tu. Then die pergi ceroboh masuk rumah mak dia, dan dia pergi selongkar bilik bapak tiri dia dan dia nampak semua research pasal mak dia. Rupanya mak dia ada kawan baik masa kecil. Kawan baik dia pelik dan dah mati. Roh kawan baik dia yang ganggu dia dan adik dia selama ni.

Then diorang plan nak selamatkan mak die. Dalam satu malam macam-macam jadi. Mak dia sedar akan benda ni, tapi mak dia tak boleh nak buat apa. kawan baik dia akan mati kalau mak dia mati. So mak dia bunuh diri dengan tembak diri sendiri. Rupa-rupanya bapak perempuan ni tak menghilangkan diri, tapi dia mati dibunuh oleh makhluk ni.


* cerita ni tak seram sangat. Tapi banyak scene terkejut-kejut.