Sunday, March 23, 2014

Ouchh - Gigi geraham bongsu

Assalamualaikum,,

Dah dekat seminggu gigi aku sakit.Nak gigit makanan pun payah.Aku ade jugak makan ubat tahan sakit dengan ubat bengkak urat.Tapi masih tak menjadi.Aku mula rasa marah sebab gigi aku ni sakit sangat.Perasaan berkobar-kobar nak cabut gigi dah ada dalam diri aku ni.Actually dah lama aku nak cabut gigi ni,tapi emosi aku yang tak mengizinkan

Aku mula google pasal gigi geraham bongsu ni dan pencarian pun bermula.Maka bermacam-macam jenis blog pasal gigi mula keluar.Aku gagahkan diri untuk baca experience orang dah pernah cabut gigi ni.Fuhhh,ada pengalaman yang menakutkan dan mengerikan.Ade jugak yang kelakar.Ade yang cakap kalau tak nak sakit sangat boleh pergi swasta,tapi mahal kot.Bil boleh mencecah hampir Rm800 - RM900!!! Kalau nak murah boleh pergi klinik kerajaan.Tapi sakit la.Alah,sebenarnya sama je swasta atau kerajaan.Yang penting jiwa kena kental dan berani.

Based on experience (not mine), ada yang cakap kena admit kat wad sampai 2 hari.Ada yang tak payah kena admit.Ada yang kena bius sampai pengsan.Ada yang kena bius area mulut je.Part kena bius area mulut sahaja ni yang menakutkan.Ops lupa,ade yang kena cabut 4 gigi serentak!!!whatttt 4 gigi serentak.Aku mula berpeluh baca pengalaman blogers ni.Setiap blogger ade different experience.

My mom pun cakap sakit masa nak cabut gigi sebab doktor akan suntik gusi.Arghhhh takutnya.Baru cucuk nak ambik darah pun aku dah menangis.Macam mana nak cucuk gusi ni.Konfem sakit gila kan??!!!

Aku ada baca artikel pasal gigi kat Wikipedia.Lepas cabut gigi,kita kena jaga keadaan mulut sebab takut ade infection.Ade yang akan bernanah dan bleeding akan berlaku selama satu hari.Secara tak langsung,ia mula melunturkan semangat aku..Maybe next time kot.



last but not least,a few blog pasal gigi geraham bongsu.









No comments:

Post a Comment