Monday, June 13, 2016
Ramadhan 2016
Assalamualaikum,
Nampak sangat busy sebab dah lama sangat tak update blog. Semakin meningkat umur, semakin sibuk dengan hal dunia. Astaghfirullah. Kadang-kadang aku hanyut dengan hal dunia.Lamgsung tak ingat hal akhirat.
Seminggu sebelum puasa, arwah atuk telah meninggalkan kami. Tu je la satu-satunya atuk yang aku ada. Sekarang atuk dah meninggal. Atuk meninggal pada usia 81 tahun. Atuk meninggal malam Jumaat. Last aku balik kampung jumpa atuk sebelum dia meninggal 2minggu lepas. Ye aku nampak abah redha dengan pemergian atuk.
Seminggu lepas atuk meninggal, aku demam teruk. Tak pernah aku demam macam tu punya teruk. Sekejap kerja,sekejap mc. Sampaikan aku tak mampu nak puasa. 2 hari aku ponteng puasa. Alhamdulillah aku semakin sihat. Aku pun tak tau kenapa puasa tahun ni mencabar betul. Sebab cuaca ke? Atau sebab diri sendiri yang tak boleh kawal nafsu? Entah la.
Dan lagi satu, sepanjang ramadhan ni,aku belum lagi mencemar duli untuk menjejakkan kaki kr baza ramadhan. Balik kerja terus mandi, terus melepek dalam bilik. Dan lagi satu berat semakin menurun sebab tak makan nasi. Ni semua sebab demam hari tu. Nak makan nasi pun dah tak boleh. Rase pelik je nasi tu. Ah ini semua poyo.
Selamat berpuasa ye kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment