Tuesday, September 30, 2014
kucing sakit,aku pun rasa sakit
Assalamualaikum,,
Untuk pengetahuan korang (aku xde follower pon) aku baru je menceburkan diri dalam bidang perkucingan. Semua bermula apabila hitam dibawa pulang. Ewah ayat tak boleh blah. Memang excited sebab ada kucing. First time la katakan bela kucing. Ye la siap ade sangkar, makanan kucing (bukan ikan rebus), selang 2 hari mandikan, bawak pergi klinik lagi. Of course keterujaan tu wajib ada.
Hitam ni lain macam sikit sebab dia ni garang. Dah banyak cakaran wolverine ada kat tangan dengan kaki aku. Parut cakaran tu menyebabkan tangan aku sedikit hodoh. Demi hitam, mummy pasrah dengan keadaan ini.
Selepas beberapa bulan, Kelabu pulak datang. Kelabu memang sangat awsome. Siapa yang follow instgram aku, boleh la tengok wajah Kelabu yang sangat comel dan manja. Kelabu ni super double manja. Setiap hari dan setiap masa nak dibelai (banyak lagi kerja nak buat woii). Lepas tu, kuat tido plak tu. Masa Kelabu baru sampai rumah, nampak la Hitam ni memang tak suka Kelabu. Sangat garang dan tak berani nak dekatkan mereka berdua ni. Tapi lama-kelamaan mereka semakin mesra. Kelabu ni jahat sebab suka kacau Hitam. Kelabu ni jahat-jahat manja. Dia sangat mesra, suka berkawan.
Manusia akan sakit, apatah lagi binatang. Hitam tak terkecuali daripada sakit. Kesian Hitam. Bila Hitam sakit, satu family rasa susah hati. Pada petang tu, aku nampak macam ade air kencing dalam sangkar Hitam. Aku siap marah Hitam sebab tak kencing dalam pasir. Hitam diam je, pastu buat muka pasrah. Esoknya mak cakap itu bukan kencing, tapi muntah dia. Dia muntah air, kesian dia. Esoknya mak bawak Hitam pergi klinik. Doktor cakap Hitam demam. Dekat 2 ke 3 hari jugak la Hitam tak nak makan. Duk diam je, tak de mood la katakan. Masa Hitam demam, dia sangat la manja. Setiap masa nak diusap. Nasib baik ko demam Hitam.
Sekarang Hitam dah sihat, tapi dia tanak makan keropok die tu. Die nak makanan lembik. Tapi yang paling best Hitam dah jadi sangat manja. Kelabu pun jadi mengada nak makan makanan lembik. Tapi bila lapar, dia belasah jugak keropok dia tu. Kelabu pun macam faham bile Hitam demam..
*Macam psycho je entry kali ni..