Thursday, April 3, 2014

tips travel

Assalamualaikum,,

Saje je nak kongsi tips packing untuk travel.Ada antara kita yang masih tak tau nak kena bawak baju ape,berapa helai and bla bla bla..

1.pilih beg yang sesuai
-Kalau nak travel jauh,make sure bawak benda yang senang nak angkut.Kalau main point just nak jalan-jalan,sila bawa backpack.Jangan eksited bawak luggage.Nanti menyusahkan pulak nak angkut luggage tu.But,if your main point nak pergi shopping,sila bawak luggage yang kosong.Dalam luggage letak lagi beg kosong.Boleh shopping banyak barang.Nanti tak de la gaduh tak muat beg.Ops lupa plak,pastikan kondisi beg berada dalam keadaan yang baik.Jangan bawak beg yang dah usur atau tak pasti jangka hayat beg tu.

2.minimise jumlah baju,toileteries & mekap
-kalau boleh pastikan 1 hari hanya guna sehelai baju sahaja.Jangan sehari sampai nak tukar berhelai-helai baju.Ni akan menyebabkan beg korang penuh dengan baju je.Seluar pulak kalau boleh 2 hari sekali.Ala sekali sekala je buat macam ni.Then pompuan ni suka bawak barang-barang mekap.Bawak yang penting je.Jangan pulak separuh beg penuh dengan barang mekap je.Barang mandi pun sama.Bawak yang kecik-kecik je.

3.pakaian yang sesuai
-Ni lagi satu masalah besar.Kalau nak pergi travel,make sure uols tahu keadaan tempat dan cuaca destinasi yang hendak dituju.Kalau nak pergi pulau,make sure pakai baju yang simple.Jangan pulak nak pakai jaket ke cardigan bagai.Nanti becak ketiak.If possible pakai tshirt atau baju yang nipis dan tidak panas.Tapi jangan la pulak ko pergi pakai baju yang sangat nipis sampai menampakkan bra ke,spender ke kan.Agak-agak la.Kalau travel tempat yang sejuk,make sure bawak jaket.Baju yang kat dalam tak cantik tak pe sebab korang dah pakai jaket.So make sure jaket tu semenggah sikit.Kalau suhu dah tahap negatif,jangan pulak nak berangan pakai selipar.Make sure pakai kasut and stokin.Selipar atau sandal sesuai untuk pergi pantai atau tempat yang panas atau tempat yang memerlukan korang banyak berjalan.

4.bekalan makanan.
-Kalau setakat travel dalam malaysia,tak payah mengada nak bawak makanan macam stock sebulan.Kalau travel pergi obersea,diizinkan.Anda dinasihatkan bawak makanan yg dalam tin atau packet.Ini akan memudahkan sikit kerja korang.Contoh yang simple,bawak spageti and prego.Pastu tak payah bawak tupperware.Just bawak plastik yang boleh pack.Aku tak tau camne nak explain.Benda tu boleh didapati di ikea.

5.kasut spare.
-Sila bawak selipar lebih.Kot selipar tu terputus ke,hilang ke.At least tak menyusahkan nak cari selipar lain.

6.ubat-ubatan
-Sangat dinasihatkan untuk bawak ubat ubatan.paling senang bawak panadol atau apa apa ubat tahan sakit.Ini just in case kalau pening.Kalau ada masalah yang kritikal,boleh rujuk kat pharmacy yang berdekatan.

Aku rasa ni je kot tips untuk packing beg.May be next entry aku akan explain bagaimana merancang perjalanan..Ok daa